Pages

Monday, March 14, 2011

Ish!

ISH!
Selalu tension. Kalau la anda berada dalam kasut saya.
HAISH--
Kenapa orang lain macam takde problem ye?
Tapi saya tahu, setiap orang lain-lain masalahnya.
 Saya dah tak larat nak fikir problema ni. 
Ketuk kepala dengan bantal kecik-ku. Dush~
Dah alang-alang tension dan serabut ni, jom dengar lagu feveret eden.
Ni saya dengar dekat ribuan kali dah. Tak bosan dan jemu pun.
Meh,meh,meh!


 -tolong hayati maknanya ye. cewah-

sekian dulu.
nanti saya letak cerita bertajuk "Cerita Bapakku" pulak eh.
Cerita ni best, tapi bukan video. Just text=)

Tuesday, March 8, 2011

Kalau dah bosan.

Assalamualaikum w.b.t. 
Wajib dijawab.

Okey, tajuk pun dah tau kan. Semua orang pun akan rasa bosan jugak sekali sekala.
Mana ada orang yang hepi memanjang kan. Kalau ada, tu mesti adik beradik Mek Doneld.
Sebelum saya mengarut dengan lebih hebat lagi, baik la saya beritahu dulu apa la motifnya entri kali ni ye.
Nak beritahu cara-cara nak hilangkan kebuh-sanan yang melanda ye. Jom-jom-jom.

1. Change your cursors pointer.

-mesti bosan kan asik tengok cursor anak panah je-
-so, apa lagi? boleh browse untuk mendapatkan cursor yang lebih menarik ye-
-saya punya? haa, cursor pisang ok-


 -banyak kan? so, boleh pilih la-
-dah kurang sikit kebosanan dekat situ sebab nak pilih cursor yang cute-


2. Mengenjoykan diri main game.


 -Plants vs zombie-
Yang ni nampak macam kanak-kanak, tapi dah main tu. Addicted.


-memang bes la main benda alah ni-
banyak lagi game-game yang latest.
tapi yang ni pun kira best what. huu
nampak macam jar-kun la pulak kan.


game ni senang je.
main tembak-tembak zombi tu.
zombi ni yang kelakarnya ada macam-macam rupa.
ada zombi pemain rugby, zombi baca paper, zombi athlete. bla, bla, bla.


last skali, sapa degil taknak shoot those zombi, 
habis la brain dema kena makan.
dah tu, kena la ulang level. hish.

 3. Main supercow pulak.



main ni macam main supermario jugak la.
best jugak la.
seakan-akan kanak-kanak juga.
jadi, kalau nak main, main sorang-sorang ye.



cik lembu kena kutip coin.
kelemahan game ni, kalau nak quit, kena start balik level yang kita dah sampai tu.
tu yang sebel tu. penat-penat den cari duit, kena start balik.


4. Dengar lagu. (ketuhanan & yang menjadi pojaan awak)


ambil headphone, dan letakkan di telinga.
tapi, tak guna jugak kalau sekadar letak je, tapi tak sambung dekat laptop.
So... Kita sambung itu headphone dekat laptop.


sambung kan headphone tadi ke laptop ini. 
dan kendengaran lah pelbagai irama tradisional. lalalala.
kan dah tak bosan.


5. Last-on water heater dan makan roti butterscotch.


 panaskan air.
buat la air apa-apa pun. 
e.g: vico, teh o, cappucino, dotdotdot...
 


ni dia butterscotch tu.
kita telan sama dia...


sebelum telan, hidang dulu.
walaupun makan sorang je, hidang la jugak kan.
nampak gah sikit. makan pun sedap je.
boleh cicah dengan air yang dah dibancuh tadi=)
:::dan kebosanan pun hilang:::



-JANGAN BOSAN-BOSAN YE-
ASSIGNMENT BANYAK TU=)
 

Sunday, March 6, 2011

Haish.

Assalamualaikum w.b.t!

Haih, looks like i have to look for a broadband. Buy i mean. If i just have to look for  the  broadband, then the perfect victim would be my brother of course. He got a broadband, paid by himself. Huu, but i'm not that cruel ok. Alang-alang dah asik menderita dengan line maktab ni, elok jugak la kiranya saya membeli seketul broadband kan? Well, not only we cannot go to youtube, sometimes i feel like yelling to the whole batu rakit when the line is senget at the moment assignments are lining up. Hish, i have to admit that life is hard when the coverage is down. Banyak benda la pulak nak kena beli ni ye. Macam-macam. Mengidam tau. Huu.

Before i go to my dreamland, let me tell you that i'm going to do my PBS or Pengalaman Berasaskan Sekolah at  a school near my classmate's house, somewhere at Bera. Tak sabar kah daku? i don't have the answer. 

~OFF TO BED~
-dreaming of getting  a free of charge broadband-
::yay-yay:: 

Wednesday, March 2, 2011

-biRthDaY-

Assalamualaikum!

Entri kali ni nak cerita pasal birthday kiter-kiter yang disambut pada bulan januari dan februari lepas.
Setiap bulan, kelas kami akan menyambut birthday classmates dan masing-masing akan membawa makanan sendiri. Aktiviti ni baru je start sem ni.
Setiap bulan juga akan ada kek yang berlainan dengan makanan berat yang berlainan.
Bulan Januari, saya lupa pula kek tu jenis apa, tapi bulan Februari, kek blueberi ok. 
Kek-kek yang dibeli dijamin sodap sehingga menjilat polisterene. Begitu juga dengan makanan berat.
Bulan Januari kami order bihun tomyam daripada lecturer Literature kami. Sedap eden cakap.
Bulan Februari pula kami menikmati mee goreng, juga ditempah daripada lecturer yang sama. 
Kiter-kiter menikmati hidangan dengan bersopan ye. Licin habis segala makanan, kecuali makanan ringan.
Yang tak habis tu, ada yang bawak balik makan dekat bilik. Saya lah salah seorang nya.

Sebelum tunjuk gambar, meh nak bagi objektif dan misi kami mengadakan birthday parti ni. Tidak lupa aktiviti-aktiviti semasa birthday party dijalankan.

Objektif (direka sendiri):
1. Menyambut birthday kiter-kiter.
2. Mengeratkan silaturrahim sesama classmate.
3. Melepaskan tekanan assignment yang bertimbun.
4. Menikmati pelbagai juadah pembuka selera. Huu

Misi (juga direka-reka sesuka hati):
1. Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berfikiran kreatif.
2. Menggunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya.
3. Mengingati tarikh-tarikh penting birthday kiter-kiter.

Aktiviti-aktiviti birthday party:
Bulan Januari: Menonton wayang di dalam kelas. Guna LCD ye.
Bulan Februari: Berkaraoke lagu jiwang tahap leleh. Keluar habis lagu dolu-dolu.

     Okey, dah stop sampai situ dulu membebel.
Jom tengok gambar birthday bulan Januari dan Februari.
p/s: guna camera one of kiters-kiters.

::BULAN JANUARI:: 


 cake sponsored by our tutor=) thanx a lot Madam!
swear sedap!!


 kiter-kiter wanita busy menyiapkan sandwich.
rasanya meletup. 
belum hidang lagi, tetapi beberapa keping telah di-ngap. biasa la tu.



see? banyak kan? tak muat atas meja, kita letak atas kerusi....



yang ni lagi sedap. santha order dekat cafe. karipap ubi dia memang terbaik!!


air sirap. segar dari hostel.




sebelum makan, birhday gal potong kek dulu. 
birthday boy ada urusan ketika acara memotong kek sedang ghairah dijalankan.




::BULAN FEBRUARI::


 on the whiteboard:
Cik Mizu turnng 20, Miss Imah also turrning 20. 
Hepi old day kawan-kawan!! 


kek blueberry. 
sorang dapat 1 je, bukan 2, bukan juga 3.
dalam kotak memang ada 3.
tapi sebab ada lebih, boleh la kiter-kiter ambil lebih dari 1 potong kek=)


 yang ni sedap sebab banyak isi ayam.
misi utama ketika senduk mee ini of kos la 
untuk mendapatkan sebanyak-banyak yang boleh isi-isi ayam yang ada.  
 greedy gitu.




kek pisang. faham-faham je la rasanya.
memang nak masuk mulut 5 kali.
tapi kenapa saya dapat 1 je? haa



jangan tanya. sah-sah diimport dari cafe jugak.
sha sponsor ni. yang ni 1st makanan kami berebut tak hingat.




yang ni kiter-kiter yang lain sponsor. ada macam-macam la.
tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. cewah.



london choco roll. beli dekat kedai depan tu,
anda tahu? 


minum air berkarbonat dulu. berkarbonat ke?
entah jugak. tapi kita rembat je time ni.
segala pantang larang dihiraukan. huu



keseronokan terserlah berdasarkan tumpahan air oren ni.
ini air saya, tapi bukan saya buat tumpah.
wee~




yang wajib ada. mestilah sumi jeli-jeli kan.
teringat siti sifir dalam rancangan ALONG tu.
kira sifir guna sumi.


ada juga idea pelik ibni musibat dengan 
 mencampurkan jeli-jeli tersebut ke dalam air oren.



last sekali, ini lah hasilnya. kelicinan berganda tanpa sebarang baki.
order kat sapa la ye?




kami order kat Madam Z la=)
hiraukan tumpahan air itu.




Birthday party diakhiri dengan ceria. 
Kebanyakan makanan licin dan jajan-jajan yang tak habis tu kami bawak balik hostel. 
Boleh makan time bosan kan.
Alhamdulillah, memang kenyang. 
So, bulan Mac ni kami menantikan kek cheese fulak. Walaweii.
TUNGGUUUUUUUUU-------










 
 

Friday, February 25, 2011

kering, kering

Ini bukan iklan ikan kering. 
Bukan jugak promosi ubat untuk mendapatkan tubuh yang langsing & kurus kering.
Ini adalah pengumuman.
Saya sudah kekeringan idea. Bukan kekeringan duit.
Bila saya tension, saya rasa mcm ini:

 tabiat mencederakan diri sendiri tidak bagus ye kwn2.
btw, saya rasa mcm ini je. rupa kami jauh berbeza. 

Kenapa bila tengah berjalan lenggang kangkung, idea banyak x terkira.
Tapi bila nak transfer ke dlm bentuk penulisan, semuanya lost mcm 2 sahaja.
Haish, susah la nak cakap.

 
lompat kejap.

Wednesday, February 23, 2011

huahuahua!

Assalamualaikum w.b.t!

Jom cakap alamak sama2?
Alamakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!
Macam mana benda ini boleh berlaku?? 
Huhuk and sobsobsob.
macam mana boleh terlupa kerja Falsafah Pendidikan ni?
Dah la esok kelas Mr M.
Boleh demam kura2 ni.
Tapi sebenarnya kerja subjek2 lain pun x siap lagi. 
Hee=)
Tapi,,, Banyak pulak tapi yer.
Huu, tolong la. Dah la kena buat esei.
Pasal National Philosophy of Education some more. Susah tuu.
Harap2 Mr M terlupa yg beliau ada bagi homework kn.
Harap2 jugak yg lain 2 x tunjuk kerja tersebut dekat Mr M.
Nasib baik jugak sy duduk belah tengah. 
So, kalau beliau nak tengok kerja pun, selalunya org yg duduk tepi yg kena.
kikikiki.
Malas deh nak buat. Mata sy dah x larat dah nak beroperasi.
Rasa mcm nak tggal dlm peti sejuk je.


Soalan cepuk-mas:
Nak buat ke xnk kerja-an ni?
X buat kena marah, kalau buat, bagus jugak.
Tapi mengantuk, mcm malas la pulak kan.
Tengok la dulu. 
::Hu-hu-hu::
 

Tuesday, February 22, 2011

thanx a lot =)

Assalamualaikum w.b.t!

Today was just fine. Literature class was good. 
Everything was just good.
Not to forget, Philosophy of Education class. 
Though i felt a bit sleepy, i tried to awaken my sleepy eyes by:



lukis ntah apa2 je. 
pembaziran kertas sering berlaku di saat mata sedang mengantuk.


F.P.K. Stand for Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 
Masa ni x mengantuk, tapi simptom2 kemengantukan tu memang ada.


Selalu membazir kertas. 
Tapi xpe, kalau balik rumah mesti ada buku2 nota kosong. 
So, apa lagi? Cilok, bawak balik maktab. Huu.
Last2 jadi buku conteng and gosip2 berbentuk komik jugak kadang2.
So, the book we called as rahsia sulit kerajaan. Ish3~

Eh, actually objective utama post kali ni nak wish thank you kpd org2  pihak2 berikut sebab beri sy sesuatu yg comel & sedap utk dijamah.
Minggu ni ada dpt 4 benda free. Very much appreciated. 
Makanan x disebut benda, jadi sy sebut sebagai rezeki ye.


1. bookmark.
  this is a cute bookmark and pencil kot. dedication ye.
KU aka classmate sy yg bagi. 
katanya, dia beri sebab sy kan PKU, aka assistant monitor. 
So, dia appreciate la sebab berkerja sm dgn dia. Thanx yer.


2. orange.
also a dedication. yg ni akak senior math bagi.
thanx jugak kat akak ye=)
sy selalu lupa nak bagi dekat akk.
nnti ada dedication lagi, insyaAllah sy bg dekat akak pulak. 


 3. doughnut accessory.
cute kan? bentuk doughnut. 
yg ni sahabat PAI yg bagi. 
thanx kepada beliau. malam tadi dapat.


test market doughnut 2 dekat phone sy.
segak jugak bila henpon sy bergaya mcm ni.
selalu henpon ni merendah diri je. xnak tabarruj katanya.
eh, chop. henpon sy is a boy, so xde la tabarruj2 ni.



4. xde gambar sebab pemberian ke 4 ada lah berupa makanan sebaldi.
sebab apa sebaldi? sebab masa jumpa akk senior 2, bru lepas jemur kain.
guna baldi kecil je. 
so, dah terserempak dgn akk2 2, mereka dgn ikhlas beri makanan yg sedap2 kpd sy.
Alhamdulillah. Rezeki malam 2. 
Dapat nasi goreng yg memang mengenyangkan, tembikai, dan kek batik buatan sendiri.
Mereka letak makanan2 2 dalam baldi sy 2, mcm raga nak ke pasar ahad gitu.
Masuk bilik dgn muka ceria x hingat pabila menerima rezeki tersebut.
Alhamdulillah, kenyangggggggg-


So, mcm tu lah serba sedikit mengenai ucapan terima kasih yg sy tujukan khas buat pihak2 yg terlibat.
InsyaAllah, kalau ada rezeki nnti, sy pula akan memberikan sesuatu kpd mereka.